Bantuan Sehingga RM1,400 Secara 'One-Off' Bagi Yang Berkelayakan, Semak Segera


NADMA adalah sebuah AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI. NADMA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia, yang membolehkan ia menyelaras gerak kerja pengurusan kecemasan yang dijalankan oleh agensi lain

NADMA juga berfungsi sewaktu pandemik COVID-19 ini dimana membantu individu yang terjejas pendapatan sewaktu menjalani rawatan dan kuarantin.

Ikuti perkongsian kami dibawah.

SYARAT KELAYAKAN

Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana;

1.Menerima Perintah Kuarantin COVID-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia (Annex14/Annex 17) di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

           atau

2.menjalani rawatan COVID-19 di wad hospital (Discharge Note / Medical Certificate)


YANG TIDAK LAYAK 

  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tidak bekerja di Malaysia atau tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.


BANTUAN YANG DITERIMA

RM100 sehari sehingga maksimum 14 hari (one off) tertakluk kepada sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

CARA PERMOHONAN

Sertakan dokumen wajib berikut;

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19
  3. Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.

 

Muat turun dan lengkapkan dokumen-dokumen berikut;

  1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A)
  2. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B);
  3. Bagi pemohon yang tiada akaun bank sendiri: Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C), muka depan penyata bank waris dan salinan kad pengenalan waris.

Muat turun borang permohonan DISINI

**Mohon pastikan borang dan dokumen yang dihantar jelas, terang dan boleh dibaca. Permohonan tidak dapat diproses sekiranya maklumat tidak jelas**


Hantar permohonan lengkap kepada

i. Whatsapp 011-13218056 (khusus untuk penghantaran dokumen sahaja. Panggilan dan pertanyaan tidak akan dijawab);

          atau

       ii. Email ke bkcovid19@nadma.gov.my

           atau

       iii. Pos kepada;

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

(u.p. : Sekretariat KWABBN: Bantuan Khas COVID-19)


Nota: Permohonan dan dokumen Asal KKM yang dipos akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM. Permohonan dan dokumen yang diterima melalui whatsapp dan email akan melalui proses semakan data KKM.

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.


SEMAKAN STATUS KELULUSAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID-19 NADMA 

https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/



Post a Comment

0 Comments