Semak Syarat Kelayakan & Cara Tebus Baucar Perlindungan Tenang Bernilai RM50 Bagi Setiap Isi Rumah B40

Memandangkan penyertaan insurans yang rendah di kalangan B40, kerajaan kini mengambil inisiatif memberikan subsidi untuk perlindungan insurans atau takaful dalam meningkatkan keselamatan sosial golongan ini.

Justeru itu, bermula 30 September 2021, sebanyak 3.6 juta golongan B40 sudah bleh menyemak status kelayakan Baucar Perlindungan Tenang bernilai RM50.

Terma & Syarat

Berikut merupakan terma dan syarat baucar Perlindungan Tenang yang diumumkan oleh Menteri Kewangan pada Rabu.

  1. Layak untuk menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  2. Satu baucar hanya boleh digunakan untuk membeli ATAU menyertai satu polisi sahaja. Jika haRga produk yang dibeli kurang dari RM50, baki tidak akan dipulangkan dan sekiranya produk yang dibeli melebihi nilai RM50, penerima hendaklah membayar baki atau nilai tambahan tersebut.
  3. Pulangan tunai / pembayaran balik secara tunai TIDAK dibenarkan
  4. Baucar hanya boleh digunakan untuk polisi/sijil baharu mengikut tarikh kuatkuasa program ini.

Cara semak kelayakan 



  • Untuk menyemak kelayakan, sila ikuti langkah-langkah seperti di bawah:
  • Langkah 1: Layari www.myptv.my
  • Langkah 2: Masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan (NRIC) anda dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”.
  • Langkah 3: Klik butang “Cari”. Jika anda layak untuk program ini, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya.
  • Sebagai alternatif, anda juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan atau ejen/pengedar syarikat insurans / pengendali takaful yang sah yang menawarkan produk Perlindungan Tenang untuk menyemak kelayakan anda.


Apa itu Program Baucar Perlindungan Tenang ?

  • Program Baucar Perlindungan Tenang merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluas perlindungan social kepada golongan B40. Melalui program ini, baucar RM50 diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.



Post a Comment

0 Comments