Belanjawan 2022: Senarai Penuh Bantuan Kewangan Untuk Warga Emas,Isi Rumah, B40, Peniaga, Penjawat Awam & Rakyat.



Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.

"Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.

Katanya, tumpuan kerajaan adalah untuk meneruskan bantuan tunai langsung secara bersasar, memperkasa aspek pendidikan dan kesihatan awam dan terus menjana peluang pekerjaan.

"Tahun depan, inisiatif bantuan tunai langsung akan ditambah baik, kerajaan akan memperkenalkan BKM dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar berkesan diberi tumpuan," katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan akan memberi bantuan tambahan sebanyak RM500 ringgit lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000.

"Bantuan tambahan sebanyak RM300 ringgit lagi turut diberikan kepada isi rumah warga emas. Ini bermakna ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500.

Berhubung bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zafrul berkata, syarat kelayakan kebajikan akan dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan Makanan 2019 iaitu RM1,169 berbanding PGK 2016 iaitu RM980 sebelum ini.

Katanya, usaha meluaskan liputan perlindungan sosial itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan bagi memastikan bantuan yang sampai ke tangan mereka yang memerlukan, turut mengambil kira kenaikan kos sara hidup semasa.

"Oleh itu, dengan kenaikan ini, lebih ramai akan menikmati faedah bantuan kebajikan di bawah JKM dengan peruntukan tambahan RM200 juta.

"Secara keseluruhan, RM2.4 bilion disediakan bagi penyaluran bantuan kebajikan untuk manfaat lebih 440,000 isi rumah memerlukan," katanya.
 
1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini diperkenal menerusi Belanjawan 2022 dan bantuan tunai ini telah ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang lebih layak.

Berikut adalah jumlah bantuan yang diperuntukkan:

KATEGORI 1
Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah
Lebih 3 anak
Bantuan RM2000

KATEGORI 2
Pendapatan Isi rumah RM2500 ke atas sebulan
1-2 anak : Bantuan RM1500
Tiada anak: RM1,000



KATEGORI 3
Ibu bapa tunggal dengan tanggungan
Pendapatan Isi Rumah sehingga RM5000 sebulan
Bantuan RM500

KATEGORI 4
Bantuan RM300 untuk warga emas


2. Kelayakan Pendapatan Penerima JKM Kini Dinaikkan

Bukan itu sahaja, kelayakan bagi penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah dinaikkan kepada RM1669 daripada RM969 bagi melayakkan mereka untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan dari pihak JKM.



3. Bantuan Awal Persekolahan

Bantuan Awal Persekolahan kanak-kanak sebanyak RM150 dinaikkan daripada RM100 tahun lalu.


4. Diskaun PTPTN

Diskaun bayaran balik PTPTN iaitu :


Diskaun 15% baki hutang penyelesaian penuh.

Diskaun 12% bayaran > 50% baki hutang dalam sekali bayaran.

Diskaun 10% bayaran balik dari potongan gaji/debit mengikut jadual.

Diskaun ini akan mula diberikan mulai 1 November 2021 hingga 30 April 2022.



5. Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar

Peruntukan dan bajet bagi alat bantuan mengajar turut buat pertama kalinya disediakan oleh kerajaan secara one-off iaitu sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.


Selain itu, terdapat pelbagai lagi bantuan dan inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 yang akan dikemaskini.



6. Bonus Penjawat Awam

Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta RM350 kepada satu juta pesara kerajaan.


Lain-lain Inisiatif & Bantuan

  1. Pengedaran secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40
  2. Peranti Siswa B40 diperuntukkan untuk semua siswa dan siswi B40, dianggarkan akan memanfaatkan lebih 600,000 pelajar.



  1. Kerajaan sediakan RM80 juta di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia beri perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman KWSP dan Perkeso
  2. Untuk meningkatkan wang dalam tangan bagi rakyat, KWSP akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11% ke 9% sehingga Jun 2022.
  3. Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi memberi akses pembiayaan kepada pekerja gig, pengusaha kecil dan petani membeli rumah.
  4. RM11 juta Subsidi ujian mammogram dan ujian saringan kanser serviks kepada wanita.
  5. RM30 Juta turut diperuntukkan untuk memperluaskan i-Saraan dalam menggalakkan pekerja sektor informal menabung untuk persaraan, memanfaatkan 100,000 peserta.
  6. RM300 juta bagi Program e-Start – Kredit RM150 one-off kedalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa di IPT



Maklumat Lanjut Intipati Belanjawan Bajet 2022

Untuk maklumat terkini tentang bantuan-bantuan yang akan disalurkan melalui Belanjawan 2022, sila rujuk:

Laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia https://budget.mof.gov.my/ms/ atau https://www.mof

Facebook Kementerian Kewangan Malaysia

Facebook Tengku Zafrul, Menteri Kewangan Malaysia


Bagi yang bujang jangan bersedih ada berita gembira buat anda 



Post a Comment

0 Comments