Semakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) RM2500

kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan beberapa pembaharuan.

BKM ini akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.
Bagi individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah seramai 3.8 juta akan menerima sebanyak RM350 seorang.
Manakala bagi isi rumah yang mempunyai 3 orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 akan menerima RM2,000.
Kategori baharu iaitu warga emas bujang yang berpendapatan kurang RM5,000 akan menerima RM600.
Semoga pembaharuan yang digariskan di dalam Bajet 2022 ini dapat membantu golongan rentan yang benar-benar terkesan dan diberi lebih tumpuan.

1. Semakan Bantuan BKM RM2000 2021 Bantuan kewangan tunai RM2000 diberikan kepada anda yang menerima gaji dan pendapatan isi rumah setiap bulan tidak lebih RM2500 dan dalam pada masa yang sama mempunyai anak lebih dari 3 orang PENDAPATAN : JUMLAH ANAK : JUMLAH BANTUAN RM2500 dan ke bawah – RM5000 : 3 anak & lebih : RM2000 RM2501 – RM5000 : 3 anak & lebih : RM800

2. Semakan Bantuan BKM RM1500
Manakala kepada anda yang yang menerima gaji dan pendapatan tidak lebih RM2500 sebulan dan mempunyai seorang / 2 anak, anda boleh claim dan tuntut bantuan kewangan tunai RM1500.

PENDAPATAN : JUMLAH ANAK : JUMLAH BANTUAN
RM2500 dan ke bawah – RM5000 : 1 anak / 2 anak : RM1500
RM2501 – RM5000 : 1 anak / 2 anak : RM600

3. Bantuan RM1000
Jika anda sudah ada berkahwin tetapi masih belum ada anak / zuriat, anda masih boleh dapat bantuan kewangan tunai sebanyak RM1000

PENDAPATAN : JUMLAH ANAK : JUMLAH BANTUAN
RM2500 dan ke bawah – RM5000 : TIADA ANAK : RM1000
RM2501 – RM5000 : TIADA ANAK : RM400

4. Bantuan Tambahan RM500
Untuk yang dapat gaji dan pendapatan sebulan sehingga RM5000 sebulan tetapi bergelar ibu tunggal / bapa tunggal dapat lagi bantuan kewangan tambahan tunai RM500 lagi

5. Bantuan Warga Emas RM300 Sebulan
Jika isi rumah ada warga emas, anda layak dapat bantuan RM300 lagi setiap bulan dari kerajaan

6. Bantuan Keluarga Malaysia Bujang RM600
Jika anda merupakan seorang warga emas (pendapatan bawah RM5000) yang masih memegang status bujang / masih tiada pasangan lagi, anda layak dapat RM600 bantuan untuk bujang seperti yang diumum dalam belanjawan bajet 2022.

7. Bantuan BKM Bujang Bajet 2022 (RM350)
Kepada yang tertanya-tanya, jangan risau. Semakan menunjukkan bantuan bkm keluarga malaysia bujang ADA untuk anda dengan bayaran sebanyak RM350 seperti yang terkandung dalam bajet belanjawan 2022.


Post a Comment

0 Comments