Cara Tebus RM200 Melalui Shopee Bagi Bulan Oktober

Dalam keadaan kelembapan ekonomi yang terjejas akibat pandemik, isu kewangan menjadi faktor utama dalam urusan perbelanjaan.

Soal penjimatan ketika berbelanja bukan hanya berkaitan pembayaran bil semata-mata tetapi pengguna turut mengambil kira penawaran harga ketika membuat pembelian barangan keperluan.


Pemberian rebat salah satu kaedah diyakini mampu menarik minat lebih ramai pengguna untuk membeli produk yang diiklankan atas faktor penjimatan harga yang ditawarkan.

Umum mengetahui bahawa penggunaan air domestik secara cekap dapat dicapai menerusi penggunaan produk cekap air secara meluas sekali gus air dapat dijimatkan dan bayaran bil juga mampu dikurangkan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kini dalam usaha mempromosikan kempen penggunaan produk cekap air dengan menggalakkan orang ramai membeli mesin basuh di pasaran menerusi tawaran rebat.

Populariti aktiviti transaksi e-dagang yang semakin meningkat dan berkembang memberi peluang kepada SPAN menggunakannya sebagai platform terbaik untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Kaedah pemasaran yang menarik iaitu dengan pemberian rebat di platform e-dagang terkemuka seperti Shopee adalah ramuan yang ampuh untuk mempromosikan kempen penggunaan produk cekap air di kalangan orang awam.

Oleh itu, SPAN dengan kerjasama Shopee akan mempromosikan pemberian e-rebate sebanyak RM200 untuk setiap pembelian mesin basuh cekap air di dalam kempen JIMAT AIR 1.0 bermula 17 SEPTEMBER 2021 malah SPAN juga telah merancang untuk menambah jenis produk-produk cekap air yang lain seperti pili air dan pancuran mandi pada tahun ini.


JUMLAH BANTUAN

  1. Jumlah yang ditawarkan bagi pengguna shopee adalah sebanyak RM200 


CARA TEBUS RM200 SHOPEE

Ikuti langkah-langkah dibawah untuk tebus RM200 baucer Shopee:

  1. Pastikan akuan Shopeepay telah disahkan.
  2. Pada 24 September 2021, klik pada bahagian ‘My Voucher’ di aplikasi Shopee dan klik pada voucher Jimat Air 1.0 untuk membuat penebusan.
  3. Pilih produk/item yang mempunyai label Jimat 1.0.
  4. Pilih voucher Jimat 1.0 dan bayar menggunakan Shopeepay bagi produk yang dipilih tersebut.
RM200 akan dikredtikan secara automatik ke bahagian "MY VOUCHER" pada 24 September 2021 selepas anda membuat verifikasi
Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Jimat Air 1.0 ini, sila hubungi pihak SPAN di talian 03-8317 9333 atau melayari laman web SPAN https://www.span.gov.my untuk maklumat lanjut.


Post a Comment

0 Comments