Cara Mohon Rumah Sewa Bagi Golongan B40 Hanya RM124 Sebulan, Mohon Segera !
TUJUAN
Memberikan perlindungan melalui penyediaan kediaman yang berdaya huni, selesa dan selamat kepada rakyat yang kehilangan tempat tinggal akibat COVID-19; dan
Menyediakan kemudahan insentif melalui sewaan yang percuma selama enam (6) bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat;
PROJEK
Projek yang terlibat adalah seperti berikut:
- PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
- PPR Lembah Subang 2, Selangor
- PPR Amanjaya, Kedah
- PPR Kota Setar, Kedah
- PPR Sinar Intan 3, Kedah
- PPR Kota Bharu, Kelantan
- PPR Gua Musang, Kelantan
- PPR Sg. Melana 2, Johor
Ciri-ciri PPR
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Syarat-Syarat Permohonan
Golongan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memenuhi syarat-syarat seperti di bawah :-
- Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia;
- Pemohon berumur 18 tahun dan keatas;
- Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya; dan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan
Cara Memohon
Bagi pemohon yang layak, mereka boleh membuat permohonan melalui langkah-langkah berikut:
- Layari laman web iaitu https://teduh.kpkt.gov.my/project?state=&scheme=RUMAH+IKRAM+KELUARGA+MALAYSIA&price=&name=&sort=min
- Klik butang ‘Lihat Senarai Projek’
- Pilih rumah PPR yang diingini.
- Klik butang ‘Mohon Di Sini’
- Buat permohonan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
Maklumat lanjut
Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 62100 Putrajaya
- 03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
- 03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
- 03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)
Post a Comment
0 Comments