Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat - Dapat Subsidi RM20,000

Kerajaan akan meneruskan projek-projek perumahan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dengan nilai keseluruhan RM1.5 bilion.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu antaranya bagi meneruskan program-program rumah mesra rakyat dan bantuan menyelenggara perumahan rakyat.


OBJEKTIF PROGRAM

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

KAEDAH PELAKSANAAN DAN CIRI-CIRI PROGRAM RMR


KELAYAKAN PEMOHON

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
  5. Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Nota
  1. Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
  2. Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.


JENIS-JENIS REKA BENTUK RUMAH







DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*.
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*.
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  8. Salinan sijil nikah pemohon.
  9. Borang laporan tapak bergambar.
Nota
  1. Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
  2. SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
  3. Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB.
  4. Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.


CARA MEMOHON

Langkah 2 : KLIK PENDAFTARAN BARU, Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
Langkah 3 : PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN, Kata laluan akan dihantar                                   kepada pemohon
Langkah 4 : LOG MASUK KE LAMAN UTAMA, Gunakan login ID (e-mel) dan kata laluan                              yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
Langkah 5 : MELENGKAPKAN BORANG ONLINE, Isi maklumat ke dalam sistem
Langkah 6 : SELESAI MENGISI BORANG ONLINE, Klik selesai pendaftaran borang dan                               cetak borang
Langkah 7 : MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB, Memajukan borang                                  beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
Langkah 8 : SEMAKAN DAN PENILAIAN OLEH PIHAK SPNB, Maklum balas dalam tempoh                          3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan

Permohonan juga boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan RMR di cawangan SPNB dan dimajukan kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.


Post a Comment

0 Comments