myBSN : Cara Daftar BSN Secara Online Memudahkan untuk semak duit, buat pembayaran & banyak lagi


Sekarang ini, kita dah tak perlu lagi ke cawangan BSN ataupun kaunter untuk daftar BSN Online melalui Portal myBSN


Seperti bank-bank lain di Malaysia, Bank Simpanan Nasional atau BSN juga menyediakan khidmat perbankan online yang mudah dan cepat buat pengguna.

Pelbagai manfaat jika mendaftar BSN Online antaranya ialah menjalankan transaksi kemasukanpengeluaran dan pemindahan wang, BSN online juga biasa digunakan untuk tujuan pembelian pin Unik UPU.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang myBSN serta langkah pendaftaran yang lengkap dan mudah.




Apakah myBSN?

  1. myBSN adalah merupakan portal internet yang mengandungi semua perkara tentang BSN termasuklah maklumat korporat serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Dengan portal ini sedikit sebanyak kita dapat jimatkan masa kita dalam pelbagai hal antaranya ialah:-
  1. Pertanyaan Baki
  2. Pemindahan Dana
  3. Pembayaran Bil
  4. Pembayaran Kad Kredit
  5. Pembelian SSP
  6. Pembelian Pin
  7. dan banyak lagi.




Cara Daftar BSN Online @ myBSN

Sebelum mula daftar BSN online, pastikan kita dah ada kad ATM dan ingat nombor telefon yang didaftarkan.

Jika tidak, sila ke kaunter BSN untuk daftar / tukar nombor telefon bagi membolehkan proses daftar BSN online.

1. Layari Laman Web myBSN
Untuk daftar BSN online sila layari laman web mysBSN di:
https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
Klik ‘Login’ dan pilih ‘myBSN’.
Klik ‘Register’ dan pilih ‘First Time Registration’.

2. Masukkan Butiran Kad ATM
  1. Masukkan 16 digit no kad bank anda yang tertera pada kad ATM.
  2. Kemudian isikan nombor cvv2 (3 nombor di bahagian belakang kad ATM anda) serta tarikh sah tempoh kad anda (valid thru).
  3. Isikan Nombor Kad Pengenalan dan tekan ‘Next’.

3. Cipta ID Pengguna & Password
  1. Masukkan username / ID pengguna yang dipilih beserta kata laluan.
  2. Tekan ‘Request OTP’.
  3. Nombor OTP akan dihantar ke telefon bimbit melalui SMS.
  4. Masukkan 6 nombor tersebut untuk meneruskan pendaftaran
  5. Kemudian pilih 1 ‘online image’ yang mudah diingat (bagi tujuan pengesahan nanti).

4. Pengesahan Pendaftaran
  1. Jika pendaftaran berjaya, skrin anda akan memaparkan pengesahan pendaftaran beserta butiran maklumat had transaksi perbankan.

5. Login Semula
  1. Anda perlu login semula dengan menggunakan username dan password tadi.

6. Kemaskini Maklumat
Sebagai pengguna pertama kali, anda perlu mengisi data peribadi yang diminta di kotak bertanda *.

Butiran lain boleh juga diisi jika mahu.

Selepas itu, anda sudah boleh memulakan transaksi online BSN internet banking.


Sumber : ecentral


Post a Comment

0 Comments