HEBAHAN: e-POSTER PERMOHONAN GANTIAN MyKAD SECARA ONLINE

HEBAHAN: e-POSTER PERKHIDMATAN PERMOHONAN GANTIAN MyKAD DI PORTAL KERAJAAN MALAYSIA (MyGOVERNMENT)

Permohonan Gantian MyKad merupakan perkhidmatan yang memberi alternatif kepada rakyat untuk membuat permohonan gantian MyKad secara dalam talian tanpa perlu ke kaunter sekaligus mengurangkan kesesakan di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau cawangannya.
Hanya empat (4) jenis permohonan penggantian yang dibenarkan bagi sistem ini iaitu:
i. Gantian kad rosak;
ii. Gantian cip rosak;
iii. Gantian biasa (menaiktaraf cip dari 32k/64k ke 80k); dan
iv. Gantian disebabkan kehilangan.


Baca Juga :
Sistem/perkhidmatan dalam talian ini hanya untuk pengguna berdaftar di Portal MyGovernment sahaja. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan penggunaan Perkhidmatan Permohonan Gantian MyKad tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar, pengguna adalah disarankan untuk melakukan pendaftaran pengguna di Portal MyGovernment dengan melayari www.malaysia.gov.my


Post a Comment

0 Comments