Akta KWSP benarkan pengeluaran bagi kelangsungan hidup

PETALING JAYA – Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pengeluaran bagi memenuhi kelangsungan hidup orang ramai.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Akta KWSP di bawah Seksyen 54 membenarkan pengeluaran untuk penuhi keperluan dan keberterusan hidup apatah lagi yang terkesan akibat pandemik.


“Ramai yang mula dihalau dari rumah kerana tidak dapat membayar sewa, kereta dan motor juga ditarik serta hutang keliling pinggang untuk penuhi keperluan hidup.

“Ramai hilang punca pendapatan, hilang kerja akibat pandemik. Mereka ini tidak semuanya dapat bantuan kerajaan. Kalau dapatpun tidak mencukupi,” tulisnya di Facebook hari ini.


Tambahnya, golongan itu tergolong dikalangan 6.83 juta pencarum yang mempunyai wang simpanan KWSP melebihi RM10,000 bahkan beratus ribu.


“Walaupun begitu, ikhtiar juga tidak pernah dinafikan, malah pelbagai justifikasi dan hujah ekonomi juga telah diberikan bahkan bagaimana cara untuk menampung kembali simpanan peribadi dan kantong KWSP secara keseluruhan juga telah beberapa kali dihujahkan.


“Lebih utama mengelakkan mudarat besar yang dihadapi rakyat hari ini dengan mengambil mudarat kecil iaitu benarkan pengeluaran kali terakhir wang simpanan hari tua demi kelangsungan hidup ketika ini,” ujarnya. – K! ONLINE.


Post a Comment

2 Comments

  1. 10k 0ne off sokong
    Kami betul betul perlukan duit kami untuk bayaran hutang

    ReplyDelete
  2. Bodo nye kera jaan bg je la duit den ko nak sekat2 apahal...apa hak ko nak halang...kroni perosak agama n bangsa...bile terlebih mkn taik...

    ReplyDelete