[BKM] Permohonan Baharu & Kemaskini BKM Kini Sudah Dibuka Bagi Golongan Isi Rumah, Warga Emas & Bujang, Mohon Segera

kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan beberapa pembaharuan.

BKM ini akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.
Bagi individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah seramai 3.8 juta akan menerima sebanyak RM350 seorang.
Manakala bagi isi rumah yang mempunyai 3 orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 akan menerima RM2,000.
Kategori baharu iaitu warga emas bujang yang berpendapatan kurang RM5,000 akan menerima RM600.
Semoga pembaharuan yang digariskan di dalam Bajet 2022 ini dapat membantu golongan rentan yang benar-benar terkesan dan diberi lebih tumpuan.


Permohonan BKM 2022
• Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 bermula 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 .

• Perkhidmatan kaunter BKM LHDNM dibuka untuk permohonan dan kemaskini BKM 2022. Sila Klik  untuk Jadual Kaunter Perkhidmatan BKM LHDNM.

• Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah:

  • Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.


• Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat



• Pemohon disarankan untuk membuat semakan BKM 2022 secara dalam talian. Sekiranya tiada rekod BKM 2022 dan menepati syarat kelayakan, permohonan baharu BKM 2022 boleh dibuat.

Log Masuk MyBKM


• Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.

• Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.

• Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.

Maklumat lanjut 

Hotline BKM LHDNM:
1-800-88-2747
Hotline BKM MOF
03-8882 4565/03-8882 4566
e-Mel
bkm@treasury.gov.my
Alamat
Sekretariat BKM, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.


Post a Comment

0 Comments