Cara Sign Petisyen Tuntutan KWSP RM10K Secara One-Off, Kini Sudah 107,000 Orang Yang Sudah Sign

 

Petisyen Tuntutan RM10,000 Caruman KWSP Secara One-Off Daftar Segera !

Petisyen Tuntutan RM10,000 Caruman KWSP Secara One-Off ini adalah satu undian di mana rakyat menuntut KWSP secara one-off, semakin ramai yang mendatangani semakin besar peluang kita untuk dapat wang caruman tersebut, pastikan anda hebahkan kepada saudara-mara anda.

PASTIKAN ANDA JOIN GROUP TELEGRAM

" Kami pencarum-pencarum KWSP ingin menuntut pengeluaran tunai RM10000 bagi kali terakhir di musim pandemik covid 19 (bagi yang mempunyai baki mencukupi) dan jumlah yang rasional bagi yang berbaki kurang RM10000 dalam akaun 1 KWSP berdasarkan alasan-alasan yang berikut :-

1. Kehilangan/pengurangan pendapatan sejak covid 19 melanda pada 2020

2. Belum dan masih gagal mendapat pekerjaan yang stabil, ada yang umur meningkat dan mengalami kesukaran mendapat pekerjaan baru.

3. Mendapat pekerjaan tetapi kadar gaji yang ditawarkan tidak seperti gaji yang diterima sebelum pandemik covid 19 melanda.

4. Untuk memperbaiki/memulihkan perniagaan2 kecil yang baru bermula dan yang terjejas

5. Untuk melunaskan tunggakan-tunggakan hutang pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, sewa rumah, bil-bil utility air,elektrik,IWK serta lain-lain yang berkenaan yang gagal ditampung disebabkan point no.1,2,3 ,4 diatas

6. Untuk menjelaskan baki-baki hutang sebelum moratorium berakhir sekitar Januari/Februari 2022 dan memulakan semula perancangan/strategi kewangan baru selepas pandemik pada Januari 2022 "

SIGN PETISYEN TERSEBUT DISINI

Anda hari memasukkan Nama,Email, & Bandar tempat anda menetap dan "Sign this petition" 

KENAPA KITA LAYAK MENUNTUT ?

Pemuda UMNO menasihatkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz supaya jangan mengelirukan rakyat berhubung penjelasan isu pengeluaran khas i-Citra 2.0.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, rakyat pada hakikatnya sedang terdesak dan tidak berminat dengan alasan teknikal dasar monetari negara.

Ujar beliau, ia kerana mereka tahu bahawa Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 sendiri membenarkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP apabila pencarum berdepan dengan krisis kehidupan seperti hari ini.


Post a Comment

0 Comments