Scammer LHDN Tukar Taktik Guna Nombor Telefon Pejabat. Pesan Saudara-mara anda !

Kes Scammer ini dari dulu sehingga la hari ini masih giat aktif dijalankan. Mereka tidak akan berhenti pasti ada sahaja taktik yang baru untuk mereka scam, kebanyakkannya target mereka adalah warga emas yang lebih mudah terpedaya.

Antara taktik mereka ialah menang peraduan,bayaran hutang yang tertunggak,delivery cas postage,kastam tax & banyak lagi, ikuti perkongsian kami dibawah.

JOIN GROUP TELEGRAM

Taktik terbaharu scammer LHDN baca perkongsian dibawah.

Baru-baru ini, satu lagi taktik terbaharu oleh scammer apabila mereka menggunakan nombor telefon pejabat yang bermula dengan +603 dan ‘berlakon’ sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Untuk membuatkan mangsa lebih mudah percaya, nombor tersebut juga memberitahu lokasi mereka yang berada di Putrajaya. Bukan itu sahaja, mereka siap menggunakan suara operator boleh dikatakan hampir sama dengan pegawai yang bertugas di LHDN.

Seorang pengguna Twitter Audra yang mendapat panggilan daripada scammer berkenaan telah menghantar mesej kepada pihak LHDN untuk mengesahkan nombor telefon tersebut.

Pihak LHDN memaklumkan nombor tersebut adalah palsu. Sila maklumkan pada rakan-rakan & saudara-mara anda dengan nombor scammer di bawah, jangan jadi mangsa seterusnya.


Buat semakan di laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersial

Anda juga boleh buat semakan maklumat menggunakan nombor telefon, kad pengenalan atau akaun bank di laman web ini, sebelum membuat sebarang pembayaran ataupun berurusan.

Laman web tersebut https://semakmule.rmp.gov.my/



Pastikan anda hebahkan perkara ini agar tiada lagi mangsa mereka, lebih-lebih lagi warga emas ataupun ibu bapa kita 

Sumber : therakyatpost


Post a Comment

0 Comments