BKM Fasa 1 : Tarikh Semakan Status & Pembayaran BKM Fasa 1

Pembayaran  Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1, membabitkan 8.6 juta penerima dengan peruntukan  hampir RM2 bilion, akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 28 Mac. 


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penerima BKM akan menerima RM100-300 bergantung kepada kelayakan. 

 

 Beliau berkata penerima adalah 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta orang bujang atau warga emas bujang dan 3.4 juta orang bujang. 

“Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 28 Mac 2022, peruntukan  hampir RM2 bilion. 

  

“Bayaran ini juga berfungsi meringankan beban kewangan rakyat khususnya dalam sambutan bulan Ramadan 1443 Hijrah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Ismail Sabri berkata bagi memastikan program BKM menyasarkan mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka untuk tempoh sebulan mulai 2 Mei ini.


Beliau menjelaskan, proses itu adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


“Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar,” katanya.


BKM adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan kerajaan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.


Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank mereka bermula 28 Mac hingga 8 April depan.


Penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak pula akan menerima bantuan tersebut pada 30 Mac ini menerusi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).


Semakan status kelulusan BKM boleh dibuat mulai 28 Mac ini melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.


Post a Comment

0 Comments