[RASMI] BKM Fasa 1 Mula Dikreditkan Pada 28 Mac Ini - Perdana Menteri
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.
Sukacita diumumkan, bagi pembayaran Fasa 1 BKM, 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.
Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 28 Mac 2022 (Isnin) melibatkan peruntukan berjumlah hampir RM2.0 bilion. Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan 1443H dan akan disalurkan seperti berikut:
Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei 2022 untuk tempoh sebulan. Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.
Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar.
Semakan status kelulusan BKM boleh dibuat mulai 28 Mac ini
CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN BKM ADNDA APAKAH DALAM PROSES, GAGAL ATAUPUN LULUS
- Layari https://bkm.hasil.gov.my/
- Masukkan No IC anda dan tekan semak
- Pastikan Kata Kunci anda betul dan tekan ya
- Masukkan katalaluan dan tekan log masuk
- klik pada semakan status untuk lihat status anda sama ada proses/lulus/gagal ataupun dikreditkan
Post a Comment
0 Comments