Berita Terkini ! Bayaran pengeluaran khas KWSP RM10,000 bermula esok iaitu 18 April, diawalkan dua hari
BAYARAN bagi kemudahan pengeluaran khas kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak diawalkan dua hari.
Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pembayaran akan mula dibuat bermula esok (18 April), dua hari lebih awal berbanding tarikh diumumkan sebelum ini iaitu pada 20 April.
Tengku Zafrul berkongsi berita baik berkenaan menerusi satu hantaran di media sosialnya pada Ahad.
Baca Juga : Semak Status KWSP Anda Segera
"Ramai yang message dan komen dalam media sosial saya, 'YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?'
"Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Beliau turut berharap agar pengeluaran berkenaan akan menjadikan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang lebih bermakna.
Cara membuat semakan, boleh dibuat mulai 9 April 2022
- Layari portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
- Tekan 'Teruskan'
- Klik pada ' Semak Status Permohonan '
- Isi Maklumat anda seperti yang tertera
- Isi Nombor MyKad/MyPR ataupun Pasport/MyKAS
- Isi Nombor Telefon Anda
- Klik pada ' Saya Bukan Robot '
- Selepas itu tekan 'Semak Status'
- Sekiranya status anda "Permohonan Anda Telah Diterima" tahniah anda layak menerima pengeluarakan khas kwsp
- Sekira permohonan anda tiada rekod ataupun gagal ini bermakna pengeluaran anda tidak dapat diteruskan.
- Bagi permohonan rayuan belum ada info terkini pastikan anda ikuti group telegram https://t.me/semakaninfo untuk info kelak.
Sumber mstar,berita harian
Post a Comment
0 Comments