17 Jenis Pengeluaran KWSP yang boleh dikeluarkan sebelum PENCEN !

Sehingga kini ramai yang ingat duit KWSP hanya boleh dikeluarkan apabila berumur 50 tahun kan? Tetapi tidak juga, jika anda ingin tahu terdapat 17 jenis manfaat KWSP yang boleh diambil awal, anda tidak perlu menunggu sehingga umur persaraan.

Ingat untuk dihadkan kepada pembelian rumah dan pembayaran PTPTN sahaja. Sebenarnya terdapat 17 jenis KWSP yang boleh diambil awal tanpa perlu menunggu sehingga umur persaraan. Rugi Alahai  bagi yang tak tahu.


Mari lihat jenis pengeluaran yang ditawarkan oleh KWSP  dan cara membuat pengeluaran tersebut:


1.Umur 50

Anda boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda.

Siapa Yang Boleh Memohon ?


  1. Warganegara dan Bukan Warganegara
  2. Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun
  3. Mempunyai simpanan dalam Akaun 2

Apa Yang Boleh Dikeluarkan ?

  1. Keseluruhan simpanan dalam Akaun 2
  2. Sebahagian dari Simpanan Akaun 2

 


Apa Yang Anda Perlukan?

Ada MyKad

  1. MyKad 
  2. Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk pengesahan cop ibu jari gagal
  3. Sijil Kelahiran/Surat Pengesahan Identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir berbeza dari yang tercatat di kad pengenalan
  4. Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun

*Ahli tidak perlu mengisi borang permohonan, hanya perlu menurunkan Cap Ibu Jari (CIJ) di atas 'Notis Pengesahan Permohonan Pengeluaran' sebagai bukti permohonan pengeluaran.



Tanpa MyKad

  1. Borang KWSP 9B (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  2.  Sijil kelahiran/Surat Pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir berbeza dari yang tercatat di kad pengenalan
  3. Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan
  4.  Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  5. Pasport, Sijil Kewarganegaraan dan lain-lain dokumen pengenalan – untuk bekas warganegara yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos, 1995 dan tidak dapat menunjukkan kad pengenalan
  6.  Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk pengesahan cop ibu jari gagal

2. Pendidikan

Pendidikan yang berkualiti merupakan kunci kepada kestabilan kerjaya sekali gus membina kehidupan yang lebih selesa untuk ahli dan keluarga ahli.

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Apa Yang Boleh Dikeluarkan ?

Jumlah yuran pengajian/baki pinjaman pendidikan ATAU Kesemua simpanan dalam Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah)

Kos Yang Dibiayai

  1. Yuran pengajian dan caj yang dikenakan oleh institusi pengajian
ATAU
Jumlah baki pinjaman
*Bagi pengajian peringkat Sijil Tahap 3, amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan hanya untuk yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 2
  1. Yuran hostel dan penginapan
  2. Penerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan/luar negara

Siapa Yang Boleh Memohon ?

  1. Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
  2. Berumur 55 tahun ke bawah
  3. Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  4. Masih meneruskan atau telah menamatkan pengajian peringkat Sijil Tahap 3, diploma dan ke atas (akademik/profesional/berasaskan kemahiran/vokasional
  5. Sedang belajar di institusi dalam negara (sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais) ATAU Institusi luar negara (program sepenuh masa)
  6. Dibenarkan untuk Ahli/Anak/Pasangan/Ibu Bapa ahli yang berhenti/gagal/tidak tamat/tarik diri daripada pengajian 
*Untuk menyelesaikan kesemua bayaran tunggakan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun dari penamatan pengajian; dan menyelesaikan baki pinjaman pendidikan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP)


3. Beli Rumah

Kebanyakan kita, harga hartanah yang melonjak tinggi memusnahkan impian untuk memiliki rumah. Sebab itu, keputusan untuk membeli hartanah merupakan keputusan yang besar bagi ahli dan untuk merealisasikan persaraan yang selesa, kami membenarkan ahli membuat pengeluaran Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah.


Siapa Yang Boleh Memohon ?

  1. Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
  2. Umur bawah 55
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  4. Membeli rumah kediaman*
  5. Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan** ATAU pembiayaan sendiri
  6. Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan

*Rumah kediaman - jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.
**Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.
 
Kategori
  1. Pengeluaran individu
  2. Pengeluaran bersama pasangan/ahli keluarga

4. Bina Rumah

Membina sebuah rumah merupakan pelaburan yang terbesar bagi ahli. Bagi membantu ahli membina rumah impian mereka, kami membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai pembinaan rumah.

Siapa Yang Boleh Memohon ?

  1. Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
  2. Umur bawah 55
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  4. Ahli/pasangan ahli membeli tanah dan membina sebuah rumah di atas tanah tersebut*
  5. Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan** ATAU pembiayaan sendiri
  6. Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan
  7. Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima
 
*Kos membeli tanah boleh diambil kira dengan syarat tarikh Perjanjian Jual Beli Tanah adalah dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh Perjanjian Bina Rumah
**Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjata Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.


Kategori
  1. Pengeluaran individu
  2. Pengeluaran bersama pasangan/ahli keluarga

5. Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.
Siapa Yang Boleh Memohon

  1. Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara
  2. Umur bawah 55 tahun
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  4. Telah membeli/membina rumah kediaman*
  5. Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah tersebut
    (Pengeluaran Individu sahaja)
  6. Rumah kediaman telah dicaj sebagai cagaran
  7. Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan
  8. Permohonan di buat setahun sekali daripada tarikh permohonan yang sebelumnya
  9. Pinjaman yang diluluskan oleh institusi yang dibenarkan**

*Rumah kediaman - jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia

**Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.

Dokumen tambahan untuk pengeluaran membantu pasangan
  1. Rumah dimiliki sepenuhnya oleh pasangan/berkongsi hak dengan ahli dan pasangan
  2. Pasangan ahli adalah peminjam untuk pinjaman perumahan tersebut 

Kategori
  1. Pengeluaran individu
  2. Pengeluaran bersama dengan pasangan/ahli keluarga

6.Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Membayar ansuran bulanan bukanlah satu perkara mudah, terutama untuk mereka yang mempunyai komitmen yang semakin bertambah. Di dalam usaha untuk meringankan beban pemilik rumah, KWSP telah memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan. 

Supaya jika anda terhimpit dengan keadaan kewangan yang tidak menentu, anda boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membantu membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai.

Siapa Yang Boleh Memohon ?

  1. Warganegara dan Bukan Warganegara
    (PR atau daftar sebagai Ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
  2. Umur bawah 55 tahun
  3. Sekurang-kurangnya RM600 di dalam Akaun 2
  4. Membeli/membina sebuah rumah kediaman*
  5. Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP**
  6. Ansuran bulanan telah bermula

*Rumah kediaman - jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia

**Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.


7.Perumahan Fleksibel

Anda boleh menggunakan simpanan KWSP kini dan masa depan untuk menguatkan lagi had kelayakan bagi mendapatkan pinjaman perumahan dari institusi kewangan.

Bagaimana ?

  1. Sebahagian dari simpanan di dalam Akaun 2 akan diketepikan untuk Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel.
  2. Semasa penilaian kelayakan pinjaman dibuat, institusi kewangan akan mengira caruman bulanan KWSP anda sebagai sebahagian dari pendapatan.
  3. Kelayakan pinjaman yang lebih tinggi membolehkan anda membeli rumah idaman
*Tempoh minimum simpanan ialah satu (1) tahun dan ring fencing ini hanya boleh digunakan untuk membeli satu (1) rumah pada satu masa. Tempoh simpanan maksimum ialah sehingga umur 55 tahun, atau tertakluk kepada tarikh akhir pinjaman perumahan atau hari terakhir ring fencing (mana yang lebih awal).

8.Perumahan PR1MA

Ahli KWSP di alu-alukan untuk menggunakan simpanan semasa dan juga simpanan kemudian hari demi mendapatkan rumah PR1MA pertama anda. Mulakan langkah pertama dengan kaedah ring-fence supaya caruman seterusnya akan disimpankan untuk rumah baru anda.

Siapa Yang Boleh Memohon ?
  1. Warganegara
  2. Umur bawah 55 tahun
  3. Pembeli rumah PR1MA
  4. Mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF)
  5. Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU Pernah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi sudah menjual/melepaskan hakmilik harta
 
Apa Yang Anda Perlu Tahu ?

  1. Pengeluaran ini hanya untuk pembiayaan rumah PR1MA dan bayaran akan dikreditkan terus ke institusi kewangan.
  2. Jika baki di dalam Akaun 2 kurang dari jumlah bayaran bulanan yang diminta, KWSP akan membayar jumlah penuh di dalam Akaun 2 (tertakluk kepada bayaran minimum RM50).
  3. Kesemua pengeluaran sebelum persaraan di dalam Akaun 2 akan dihadang.
  4. Jika rumah anda dijual melalui prosiding halang tebus (foreclosure), hadangan ke atas simpanan Akaun 2 akan diteruskan melainkan mendapat arahan bertulis dari institusi kewangan.
  5. KWSP tidak bertanggungjawab untuk bayaran lambat atau tiada bayaran disebabkan tiada caruman atau akaun dibekukan.
  6. Setelah mencapai usia 55 tahun dan anda layak untuk membuat Pengeluaran Persaraan, anda bertanggungjawab menyelesaikan pinjaman tertunggak dengan institusi kewangan bagi kediaman PR1MA anda.
  7. Hadangan akan dilepaskan setelah ahli mencapai usia 55; membuat pengeluaran kesemua simpanan iaitu Pengeluaran Pekerja Berpencen, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Kematian dan Pengeluaran Meninggalkan Negara atau mendapat arahan bertulis dari institusi kewangan.

9.Haji

Ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

Siapa Yang Boleh Memohon ?

  1. Umur bawah 55 tahun
  2. Dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH
  3. Tidak pernah memohon pengeluaran haji
  4. Simpanan di LTH tidak mencukupi
 
Apa Yang Boleh Dikeluarkan

Perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000.00 
ATAU
baki Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah)

*Jumlah keseluruhan untuk ibadat haji yang ditentukan oleh LTH bergantung kepada kos sebenar mengikut musim haji. Untuk ahli yang mengerjakan haji untuk kali kedua dan seterusnya, perbezaan di atas tidak termasuk kos visa haji.


10. Kesihatan

Dengan kemajuan teknologi dan penemuan perubatan yang ada pada abad ini telah meningkatkan jangka hayat dan kualiti kehidupan, tetapi pada hakikatnya kos penjagaan kesihatan tetap mahal.

KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/ atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.


Siapa Yang Boleh Memohon ?


  1. Warganegara dan Bukan Warganegara
  2. Berumur 55 tahun ke bawah
  3. Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  4. Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan
  5. Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP *
  6. Tidak mendapat rawatan alternatif

*Semua peralatan perubatan dan/atau ubat yang disarankan oleh doktor (secara bertulis) adalah layak untuk pengeluaran kesihatan dan tertakluk kepada jenis penyakit, yang dibenarkan oleh KWSP


Siapa Yang Layak Dibiayai ?
  1. Diri sendiri
  2. Ibubapa anda (kandung, angkat, tiri, mentua)
  3. Pasangan anda
  4. Adik-beradik anda (kandung)
  5. Anak-anak anda (kandung, angkat, tiri)

11.Simpanan Melebihi RM1 Juta

KWSP memberi kelonggaran kepada ahli yang mempunyai simpanan lebih dari RM1 juta untuk membuat pengeluaran dan mengurus sendiri lebihan simpanan.

Siapa Yang Boleh Memohon ?
  1. Warganegara dan Bukan Warganegara
  2. Umur bawah 55 tahun
  3. Mempunyai simpanan melebihi RM1 juta dalam KWSP

12.Umur 55 | Umur 60

Apabila anda mencapai umur 55 tahun, secara rasminya anda memasuki umur persaraan. Setelah bertahun meningkatkan simpanan persaraan anda, anda kini mempunyai pilihan untuk menguruskan wang persaraan anda, sama ada dengan membuat pengeluaran penuh atau pengeluaran fleksibel.


Mengenai Pengeluaran Umur 55 Tahun

Apabila mencapai umur 55 tahun, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Anda boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa. Sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

Anggota Sektor Awam Di Bawah Skim Pencen Kerajaan

Sebelum anda memohon pengeluaran ini, anda dinasihatkan untuk memastikan pengembalian syer kerajaan telah dibuat kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dengan memohon pengiraan awal syer kerajaan (Pre-PEN). Ini bagi memastikan syer kerajaan dikembalikan kepada KWAP bagi pembayaran ganjaran dan pencen.

Pemohon berumur 55 tahun boleh memohon pengeluaran dan Pre-PEN secara serentak. Anda boleh mengeluarkan baki dalam Akaun 55 dan Akaun Emas selepas syer kerajaan dikembalikan.


Siapa Yang Boleh Memohon ?

  1. Warganegara dan Bukan Warganegara
  2. Berumur di antara 55 hingga sebelum mencapai umur 60 tahun
  3. Mempunyai simpanan dalam Akaun 55

13.Pengeluaran Umur 60 Tahun


Apabila anda mencapai umur 55 tahun, secara rasminya anda memasuki umur persaraan. Setelah bertahun meningkatkan simpanan persaraan anda, anda kini mempunyai pilihan untuk menguruskan wang persaraan anda, sama ada dengan membuat pengeluaran penuh atau pengeluaran fleksibel.

Mengenai Pengeluaran Umur 60 Tahun
Pengeluaran ini merupakan lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun, dan ia memenuhi keperluan ahli yang memilih untuk melanjutkan umur persaraan dan sambung bekerja selepas umur 55 tahun. Pada umur 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran. Anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa untuk membiayai persaraan anda.

Anggota Sektor Awam Di Bawah Skim Pencen Kerajaan
Sebelum anda memohon pengeluaran ini, anda dinasihatkan untuk memastikan pengembalian syer kerajaan telah dibuat kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dengan memohon pengiraan awal syer kerajaan (Pre-PEN). Ini bagi memastikan syer kerajaan dikembalikan kepada KWAP bagi pembayaran ganjaran dan pencen.

Pemohon berumur 60 tahun boleh memohon pengeluaran dan Pre-PEN secara serentak. Anda boleh mengeluarkan baki dalam Akaun 55 dan Akaun Emas selepas syer kerajaan dikembalikan.


Siapa Yang Boleh Memohon ?
  1. Warganegara dan Bukan Warganegara
  2. Umur 60 tahun dan ke atas
  3. Mempunyai simpanan dalam KWSP

14.Pekerja Berpencen/Persaraan Pilihan

Pekerja sektor awam boleh membuat pengeluaran sekali sahaja sebelum umur 55 tahun setelah diberikan taraf Pekerja Berpencen.

Apa Yang Boleh Dikeluarkan ?
Baki simpanan KWSP selepas pengembalian syer kerajaan

Apa Yang Anda Perlu Tahu ?

1.Definisi pekerja berpencen ialah pekerja yang telah diletakan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang menjelaskan pengambilan pekerja di dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.

2.Mulai 1 Januari 2018, selepas Pekhidmat Awam membuat Pengeluaran Pekerja Berpencen, tanggungan mencarum bagi beliau adalah tidak terhenti selaras dengan pelaksanaan Skim Kebolehalihan (Portability Scheme).

3.Skim Kebolehalihan (Portability Scheme) membenarkan pekhidmat awam yang berada di bawah skim ini menukar pekerjaan di antara badan/agensi kerajaan yang lain atau daripada sektor awam kepada sektor swasta di sepanjang tempoh perkhidmatan tanpa hilang kelayakan faedah persaraan (pencen) tertakluk kepada:
  1. Tarikh lantikan ke jawatan baharu di sektor awam bermula pada 1 Januari 2012
  2. Pekerja tersebut perlu mengakhiri perkhidmatan (bersara) di dalam perkhidmatan awam


Siapa Yang Boleh Memohon ?

  1. Umur bawah 55 tahun
  2. Pekerja dalam sektor awam / Kementerian Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum dalam KWSP
  3. Diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

*Anggota tentera yang sudah pun bersara secara pilihan tidak layak untuk membuat pengeluaran ini.


15.Hilang Upaya

Pengeluaran Hilang Upaya kami membolehkan anda mengeluarkan semua simpanan KWSP jika keadaan keupayaan fizikal atau mental anda terjejas sehingga menghalang anda untuk bekerja. Bagi ahli yang layak, anda akan menerima RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban anda.

Siapa Yang Boleh Memohon ?

  1. Warganegara dan Bukan Warganegara
  2. Di bawah umur 60 tahun
  3. Ada simpanan di dalam KWSP
  4. Tidak Bekerja
  5. Disahkan oleh pegawai perubatan, telah hilang upaya fizikal atau mental
  6. Mesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP. Temujanji penilaian oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan permohonan di kaunter

Penafian khas
  1. KWSP berhak untuk membuat pengesahan semua laporan perubatan yang dikemukakan dengan institusi perubatan yang berkenaan.
  2. Jika Lembaga Perubatan KWSP berpendapat bahawa ahli tersebut tidak dapat menjaga hal ehwal diri sendiri ataupun hal ehwal kewangannya, pembayaran boleh di buat kepada mana-mana orang yang layak mengikut pertimbangan KWSP.

16.Meninggalkan Negara

Ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP.

Siapa Yang Boleh Memohon ?

  1. Warganegara Malaysia/PR yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan/PR ATAU Ekspatriat/pekerja asing yang tidak lagi bekerja/berhasrat meninggalkan Malaysia 
  2. Mempunyai simpanan KWSP

17.Kematian

Sekiranya anda meninggal dunia, simpanan KWSP anda merupakan jaminan kepada orang-orang tersayang anda dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.

Kami menggalakkan anda membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat anda mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan. Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akandipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.

Apa Anda Perlukan ?

  1. Borang KWSP 9KM (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  2. Maklumat Akaun Bank (Akaun Simpanan/Akaun Semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Akaun Harta Pusaka Simati - NamaSimati)
  3. Dokumen Bukti Pertalian (Sijil Daftar Kahwin/Sijil Akuan Sumpah Kahwin bagi Ahli Bukan Islam dan telah berkahwin sebelum 1 Mac 1982)
  4. Surat Kuasa (Surat Pentadbiran Mahkamah/Institusi Perundangan/Amanah Raya Berhad (ARB))
  5. Salinan Dokumen Pengenalan Diri pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan
  6. Salinan Dokumen SijilKelahiran pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan (jika perlu)
  7. Sijil Kematian ahli ATAU Sijil Kematian penama (jika penama telah meninggal dunia)
  8. SijilKelahiran ahli (jika ahli belum berkahwin) ATAU Sijil Perkahwinan (jika ahli telah berkahwin) ATAU Surat Penceraian ahli/bukti pertalian dengan pemohon (jika ahli sudah bercerai)
  9. Borang Perakuan Tanggungjawab (Islam – Lampiran A)
  10. Borang PerakuanTanggungjawab (Bukan Islam – Lampiran B))


Post a Comment

0 Comments