MASUKKAN EMAIL ANDA:

SAHKAN EMAIL ANDA DI INBOX HARIHARIKERJA

Kejatuh Nilai Kripto Luna, 22 Pelabur Dikatakan Membunuh Diri

Sebut mengenai kriptowang, pasti ramai yang cukup tahu di mana matawang digital ini dilihat sebagai teknologi masa hadapan di samping menjadi pilihan pelabur dalam meraih keuntungan berganda.


Dalam pada itu, langit tidak selalunya cerah apabila keadaan ekonomi dunia mengalami penurunan mendadak atas beberapa faktor yang membuatkan sejumlah besar saham dan kriptowang mengalami kejatuhan nilai yang mendadak.


Di samping penurunan nilai, kriptowang LUNA antara yang menjadi buah mulut orang ramai pada kali ini apabila nilainya sekitar $119.18 (~RM524.14) sekitar bulan lalu kita jatuh sehingga $0.0006 (RM0.026) setakat artikel ditulis.


Kejatuhan nilai kriptowang LUNA yang turut menjadi pilihan sejumlah besar pelabur selepas berada dalam 10 kriptowang popular sebelum ini telah membuatkan ramai pelabur mengalami stres selepas didakwa kehilangan 98% daripada wang simpanan dan juga rumah.


Lebih tragis, dilaporkan sehingga kini terdapat 22 pelabur LUNA yang sudah memilih jalan untuk bunuh diri gara-gara tidak dapat menanggung kehidupan berikutan kehilangan wang simpanan dan juga pelaburan. Tidak kurang juga yang mahukan Do Kwon selaku pengasas kepada kriptowang LUNA untuk bertanggung jawab atas apa yang berlaku.


Menerusi insiden yang berlaku, diharapkan agar orang ramai dapat mengambil iktibar untuk cuma melabur dengan jumlah yang sanggup rugi. Selain itu, para pelabur juga perlu lebih berhati-hati dalam memilih instrumen pelaburan atau kriptowang yang mahu dilabur agar situasi yang sama dapat dielakkan. -BeritaKini


IKUTI PERKONGSIAN KAMI TERUS KE EMAIL ANDA TEKAN "FOLLOW US"

MASUKKAN EMAIL ANDA DAN TEKAN FOLLOW SELEPAS ITU SAHKAN EMAIL ANDA D INBOX!
INFO SETIAP HARI AKAN MASUK KE EMAIL ANDA !


Post a Comment

0 Comments