Bank Dunia beri amaran hyperinfilasi & krisis makanan global tidak lama lagi | Dunia di ambang krisis makanan

Peperangan di Ukraine telah menyebabkan peningkatan kawalan kerajaan ke atas eksport makanan, menurut Presiden Bank Dunia David Malpass, yang semakin membimbangkan. 

 

 Beliau berkata adalah penting bagi penggubal dasar untuk menghentikan trend  yang menyebabkan krisis makanan global mungkin berlaku. 

 Beliau berkata dalam  beberapa minggu sahaja, bilangan negara yang mengenakan sekatan ke atas eksport makanan meningkat sebanyak 25 peratus, menjadikan 35 negara  melaksanakan langkah tersebut. 

 

 “Menjelang akhir Mac, sebanyak 53 campur tangan dasar baharu yang menjejaskan perdagangan makanan global telah dikenakan, di mana 31 membabitkan sekatan eksport dan sembilan sekatan ke atas eksport gandum.

"Sejarah menunjukkan bahawa sekatan sedemikian boleh mencetuskan keadaan yang paling tragik. Sedekad lalu, langkah seperti itu melonjakkan krisis makanan dunia, apabila harga gandum meningkat sebanyak 30 peratus," katanya menerusi satu komentar.


Dalam pada itu, Malpass menegaskan bahawa krisis makanan adalah buruk untuk setiap orang, namun kesannya paling teruk kepada golongan termiskin dan rentan.


"Terdapat dua sebab. Pertama, negara termiskin dunia cenderung menjadi negara pengimport makanan. Kedua, makanan merangkumi sekurang-kurangnya separuh daripada perbelanjaan keseluruhan isi rumah di negara berpendapatan rendah," katanya.


Beliau berkata, krisis makanan pada 2008 menyebabkan peningkatan mendadak kebuluran, terutama dalam kalangan kanak-kanak, sehingga menyebabkan banyak isi rumah menggadai barangan berharga untuk membeli makanan.


Malah, katanya, beberapa kajian menunjukkan kadar berhenti sekolah berada setinggi 50 peratus dalam kalangan kanak-kanak daripada isi rumah termiskin.


"Kerosakan sosial dan ekonomi seperti itu tidak boleh dipulihkan dengan mudah," katanya.


Beliau berkata, peningkatan campur tangan perdagangan pada bulan lalu boleh menjadi satu isyarat gangguan bekalan akan berlaku.


Katanya, sekatan eksport yang dikenakan pada Mac adalah hampir dua kali ganda sekatan yang berlaku pada dua bulan sebelumnya.


"Langkah sekatan eksport mengurangkan bekalan global, menyebabkan harga lebih tinggi.


"Ia mencetuskan sekatan eksport baharu untuk membendung tekanan harga domestik, sehingga menyebabkan kesan berganda terhadap harga di peringkat antarabangsa.


"Seandainya mana-mana lima pengeksport terbesar gandung melarang e


ksport, kesan terkumpulnya adalah kenaikan harga gandum dunia sehingga sekurang-kurangnya 13 peratus, malah lebih lagi jika pengeksport lain turut bertindak sama," katanya.


Post a Comment

0 Comments