Cara Daftar & Keluarkan Duit ASNB Secara Online

Cara Daftar & Keluarkan Duit ASNB Secara Online 

Jika anda belum tahu, anda kini boleh mengeluarkan ASB secara online. Jadi, bagi anda yang sudah mempunyai akaun tetapi terharu dengan pengeluaran di cawangan ASNB, Maybank atau CIMB, anda dialu-alukan untuk membaca tentang cara mendaftar myASNB.

1. Sebelum daftar myASNB online

Sila kemas kini maklumat peribadi anda sebelum mendaftar dalam talian untuk myASNB.

Kemas kini paling penting sebelum mendaftar myASNB ialah nombor telefon aktif terakhir. 

Nombor telefon yang aktif adalah sangat penting untuk proses pendaftaran ini. Ini kerana proses pendaftaran  melibatkan penghantaran TAC melalui SMS ke nombor telefon

Jadi, apabila selesai mengemaskini maklumat peribadi, anda bolehlah mendaftar di portal myASNB.

Tambahan lagi, untuk menggunakan mobile app myASNB, anda perlu juga perlu menyelesaikan proses pendaftaran ASB online terlebih dahulu.


2. Cara daftar myASNB online

Caranya adalah dengan melakukan langkah-langkah mudah seperti berikut:


  1. Layari portal rasmi myASNB di sini: https://www.myasnb.com.my
  2. Klik pada DAFTAR AKAUN.
  3. Baca informasi berkaitan ASNB yang tertera dan klik DAFTAR DI SINI.
  4. Baca langkah-langkah berkaitan pendaftaran portal myASNB yang tertera.
  5. Selesai membaca, tekan butang TERUSKAN.
  6. Klik pada kotak yang disediakan dan tekan SETUJU.


  7. Teruskan cara daftar myASNB online dengan klik pada maklumat asas yang diperlukan
  8. Masukkan maklumat yang diminta seperti jenis kad pengenalan, nombor kad pengenalan dan pilih satu produk ASNB yang dilanggani
  9. Perlu diingatkan di sini, walaupun anda langgan banyak produk ASNB, anda hanya perlu pilih salah satu sahaja di sini
  10. Klik SETERUSNYA.
  11. Anda akan diminta untuk buat pengesahan TAC.
  12. Klik pada PERMINTAAN TAC.
  13. Nombor TAC (6 digit) akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan.
  14. Isi nombor TAC yang diberi. Klik SETERUSNYA.
  15. Masukkan maklumat pendaftaran iaitu ID pengguna (ID untuk login nanti), alamat e-mel dan frasa rahsia.


  16. Pilih juga 3 soalan keselamatan berserta jawapan.
  17. Apabila selesai memasukkan semua maklumat, klik TAMAT.
  18. Sekarang cara daftar ASB online telah separa selesai.
  19. Anda telah berjaya melakukan pendaftaran di portal myASNB dengan kata laluan (password) sementara
  20. Sila salin dan simpan kata laluan sementara yang diberikan.


3. Login myASNB selepas pendaftaran ASNB

Pastikan anda ikuti cara daftar myASNB betul-betul seperti di atas. Ini kerana, anda hanya boleh login ke portal myASNB selepas proses pendaftaran selesai tanpa apa-apa masalah.


  1. Layari portal rasmi myASNB di sini: https://www.myasnb.com.my
  2. Kemudian, klik LOG MASUK.
  3. Masukkan ID pengguna yang anda daftarkan tadi, klik TERUSKAN.
  4. Frasa rahsia yang anda daftarkan tadi akan dipaparkan.
  5. Pastikan sama dan masukkan jawapan. Masukkan juga kata laluan sementara yang diberikan.
  6. Klik TERUSKAN.
  7. Anda diminta untuk menukar kata laluan sementara yang diberi kepada kata laluan pilihan anda sendiri untuk tujuan keselamatan.
  8. Klik TUKAR KATA LALUAN dan masukkan kata laluan.
  9. Pastikan kata laluan tersebut memenuhi ciri-ciri yang dinyatakaniaitu kombinasi huruf besar, huruf kecil, simbol, nombor 6 hingga 12 askara.
  10. Setelah kemaskini password, kini cara daftar myASNB secara online telah selesai sepenuhnya.


5. Maklumat lanjut ASNB

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah untuk buat pendaftaran myASNB, sila hubungi pihak PNB seperti di bawah:

Nombor telefon: 03-2050 5500

Email: myasnb@pnb.com.my


Sumber : ASNB,therohani


Post a Comment

0 Comments