Cara Buat Rayuan BKM Mulai 2 Mei 2022

Rayuan permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dibuka mulai 2 Mei ini selama sebulan untuk membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.


Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan sedar mungkin masih ada rakyat yang layak menerima BKM tetapi belum didaftarkan dalam pangkalan data.

Sehubungan itu, katanya, pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). 


“Poses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya. Justeru, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian mulai 2 Mei ini melalui portal rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my.


“Selain itu, penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 secara manual mulai 9 Mei ini di cawangan, Pejabat Satelit (PS),  Pusat Khidmat Hasil (PKH), Pusat Transformasi Bandar (UTC) atau LHDNM berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, setelah pangkalan data BKM dikemas kini, pembayaran rayuan BKM kepada pemohon yang lulus disalurkan pada bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 dijadualkan pada September dan Disember ini.


Katanya, setakat ini, hampir RM2 bilion bantuan Fasa 1 BKM disalurkan kepada hampir sembila juta penerima B40 seluruh negara pada Mac lalu. 


“Bayaran Fasa 2 sebanyak RM1.1 bilion pula  dibuat pada Jun 2022,” katanya. 



Permohonan Rayuan BKM 2022

• Tarikh permohonan rayuan BKM:2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.

• Kaedah permohonan :
  1. Dalam Talian – Mulai 2 Mei 2022.
  2. Borang Manual – Mulai 9 Mei 2022.
Rayuan tambahan tidak dibenarkan sekiranya SKK 2022 telah dibuat tuntutan.


Post a Comment

0 Comments