Cara Mohon Bantuan RM 1,000 Bagi Anak Yang Lahir Bermula Tahun 2019

Endowment Fund Sarawak (EFS) merupakan inisiatif kerajaan Sarawak yang mulai 2019 akan menyediakan geran sebanyak RM1,000.00 kepada setiap anak yang dilahirkan di Sarawak tanpa mengira bangsa, agama atau status sosioekonomi.


Endowment Fund Sarawak (EFS) bertujuan membantu menyediakan orang ramai untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dan memulakan kerjaya atau sebagai modal perniagaan kecil.

Syarat Kelayakan :

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak;

(iii) Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKad berstatus “K”; dan

iv) Dipohon semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu (1) tahun selepas kelahiran


(v) Bagi kategori anak angkat:

(a) Kedua-dua atau salah seorang ibubapa angkat pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’; dan

(b) Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah




Dokumen Diperlukan

  1. Salinan MyKid
  2. Salinan sijil lahir pemohon
  3. Salinan kad pengenalan bapa atau ibu pemohon


Cara Daftar

Borang pendaftaran boleh didapati melalui kaedah berikut: 


1)   Semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak

2)   Muat turun borang melalui capaian link (http://bit.ly/BorangEFS)

3)  Pendaftaran boleh juga di buat melalui applikasi mudah alih iSarawakCare yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store




Cara Pengeluaran

Sekiranya penerima atau akaun telah mencapai umur 18 tahun, penerima boleh mengeluarkan Endowment Fund Sarawak (EFS) dengan menghantar MyKad kepada Bank Islam.

Maklumat Lanjut

Sila hubungi +6082-442050 pada Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)


Post a Comment

0 Comments