Cara Mohon Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) RM600 Bagi Tahun 2022

Cara Mohon Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) RM600 Bagi Tahun 2022

Berita gembira buat ibu & bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah menengah, anda boleh membuat permohonan bantuan Biasiswa Sekolah Menegah bagi tahun 2022 buat anak-anak anda.

Ikuti perkongsian cara mohon & syarat kelayakan Bantuan Biasiswa Sekolah Menengah

Biasiswa ini diperkenalkan sejak tahun 1983 dan diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan di Negeri Pahang.


Keutamaan diberikan kepada anak Pahang yang mempunyai ramai adik beradik/tanggungan anak yang masih bersekolah, anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin atau ibu bapa/penjaga yang uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Walau bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.


Mulai tahun 2012, kadar baharu BSM telah dinaikkan daripada RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid tingkatan 6 kadar BSM adalah kekal RM 600 setahun. Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap bulan Januari dan bulan Mei pada tahun semasa.


Terkini, Yayasan Pahang telah menambahbaik proses permohonan di mana permohonan hanya perlu dibuat melalui dalam talian, dan tidak perlu menghantar borang permohonan ke YP.


KELAYAKAN MEMOHON

Kriteria kelayakan BSM adalah seperti berikut:

  a. Pemohon adalah warganegara Malaysia.

  b. Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.

  c. Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di Negeri Pahang Darul Makmur.

  d. Jika pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di negeri Pahang lebih dari 10 tahun.

  e. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.

  f. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.

  g. Pemohon mestilah sedang belajar di tingkatan 1, 4 dan 6 Rendah tahun semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh / Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama Kebangsaan/ Sekolah Menengah Agama Negeri / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang).

  h. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.

  i. Murid yang pernah digantung / dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.

  j. Permohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat Adun pada tahun semasa.


Cara Mohon

  1. Dapatkan borang permohonan melalui sekolah ataupun pejabat Adun masing-masing
  2. Lengkapkan maklumat dan dokumen diperlukan
  3. Serahkan borang tersebut ke Sekolah bagi proses selanjutnya.
Maklumat lanjut


Post a Comment

1 Comments

  1. colombusbinlamuji ic nombor 800618125135 alamat rumah BLK C 5 14 JALAN PELANGI 1 TAMAN PELANGI 14000 BUKIT MERTAJSM PULAU PINANG e-mel colombuscolombus96@gmail.com nombor akaun Affin Bank 200590515821 status bujang lahir Hospital Ranau Sabah

    ReplyDelete