Permohonan Rm350 Buat Isi Keluarga Rakyat Malaysia

Bantuan AM Negeri untuk rakyat Malaysia, ikuti perkongsian kami dibawah dan hebahkan buat saudara-mara anda agar dapat mengurangkan beban mereka .


KADAR
Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga


OBJEKTIF

Bantuan ini diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.


SYARAT KELAYAKAN

1.  Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;

2.  Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan

     (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin 

      Per Kapita Semasa;

3. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan    

    bulanan JKM lain;

ATAU

4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.


CARA PERMOHONAN

  1. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

  1. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.


BORANG DIPERLUKAN
  1. Muat Turun dokumen tersebut disini

MAKLUMAT LANJUT
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 - 8000 8000
Faks : 03 - 8323 2045
Emel : Maklum Balas (ISPAAA)


Post a Comment

0 Comments