Proteo, Anjing Penyelamat Meninggal Saat Mencari Korban Gempa Turki

TURKI: Seekor anjing penyelamat bernama Proteo yang diterbangkan dari Mexico untuk membantu mencari mangsa yang terselamat dari gempa, mati dalam misi di Turkiye.


“Kami amat kesal dengan kehilangan sahabat hebat kami iaitu anjing ‘Proteo,'” kata Kementerian Pertahanan Negara Mexico pada hari Ahad.


“Anda telah melaksanakan misi anda sebagai anggota Delegasi Mexico dalam mencari dan menyelamat saudara-saudara kita di Turkiye.Terima kasih atas kerja kepahlawanan anda,” kata kementerian itu dalam kenyataan yang disiarkan di Twitter.


Anjing itu mati apabila ia tertimbun dengan sisa bangunan yang runtuh.


Proteo adalah salah satu daripada 16 ekor anjing yang dihantar ke Turkiye dari Mexico minggu lalu, untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat berikutan gempa bumi dahsyat minggu lalu.


Mexico, di mana gempa bumi kerap berlaku disebabkan persekitaran tektoniknya, terkenal dengan anjing mencari dan menyelamat yang terlatih.


Post a Comment

0 Comments