Senarai Cawangan MYDIN Menu Rahmah & Senarai Makanan Menu Rahmah


KUALA LUMPUR: Tiada halangan kepada pelanggan untuk membeli Menu Rahmah berharga RM4.90 yang dijual di pasar raya Mydin di seluruh negara kerana ia terbuka kepada orang ramai bagi melancarkan operasi perniagaan.


Bagaimanapun, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata pihaknya yakin mereka yang berkemampuan tidak akan mengambil kesempatan terhadap set menu makan tengah hari dan malam yang dijual dengan harga murah itu yang pada dasarnya bagi membantu golongan miskin tegar.


"Kita memahami apabila pertengahan bulan, ramai antara kita yang menjadi miskin tegar sementara, jadi kita beri kemudahan kepada mereka memesan makanan daripada Menu Rahmah.



"Sebenarnya sukar untuk kita menentukan siapa yang tergolong dalam miskin tegar, B40, M40 dan T20 yang layak membeli Menu Rahmah ini, jadi untuk mengelak pertengkaran di medan selera serta melancarkan operasi perniagaan, kita buka jualan kepada semua," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.


Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata inisiatif Menu Rahmah dilancarkan kementeriannya itu membabitkan 15,000 premis menjual makanan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.



Mengulas lanjut, Ameer berkata, ayam yang dijual dalam Menu Rahmah dipotong menjadi lapan bahagian, sekali gus kuantiti dan kualiti ditawarkan masih sama seperti sebelum ini.


Beliau berkata, menu disediakan setiap hari juga ditukar dengan masakan berbeza membabitkan ikan dan sayuran dalam usaha memberikan lebih banyak pilihan kepada mereka yang tidak berkemampuan.


"Kita tidak memotong ayam kepada 12 ataupun 16 bahagian, sebaliknya saiz tetap sama tetapi dengan harga lebih rendah.


"Selain Menu Rahmah, kita juga menjual menu RM2.50 membabitkan nasi lemak dan bihun goreng," katanya.

Berikut Senarai Menu Yang Disajikan








Ameer berkata, inisiatif ini tidak membebankan peniaga kerana mereka mempunyai menu lain sekiranya pelanggan tidak mahu membeli Menu Rahmah.


Katanya, peniaga memahami tanggungjawab mereka menyediakan menu berharga murah ini menyebabkan keuntungan berkurangan.


Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan pula berkata, inisiatif ini satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu masyarakat.


"Kita tidak boleh berfikir mencari keuntungan saja. Setakat ini ahli PRESMA menyokong usaha ini dan tiada masalah dengan Menu Rahmah.


"Sesiapa saja yang mahu membeli Menu Rahmah akan diberikan tanpa tapisan dan saringan. Bukan tugas kita menentukan sama ada mereka asnaf ataupun tidak.


"Menu Rahmah di restoran ahli PRESMA akan diteruskan selagi ada keperluan," katanya.


Post a Comment

0 Comments