Bantuan Laptop & Tablet Percuma Untuk 150,000 Pelajar Mulai Mei 2021 Ini, Semak Kelayakan & Cara Mohon

Pada Belanjawan 2021, telah diumumkan kemudahan komputer riba,tablet dan data bagi membantu keluarga berpendapatan rendah yang kurang berkemampuan agar dapat digunakan dalam norma baharu ini bagi pelajar-pelajar tersebut meneruskan pembelajara secara online, e-pembelajaran ataupun pembelajaran di luar kelas.

Bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga yang berpendapatan rendah iaitu B40. Kemudahan ini disediakan inisiatif Cerdik yang dikendalikan oleh Yayasan Hasanah turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

BANTUAN KOMPUTER RIBA PERCUMA 

  1. Bantuan komputer riba ini diagihkan buat 150,000 orang pelajar dan melibatkan 500 buah sekolah.

TARIKH BANTUAN KOMPUTER RIBA
  1. FASA PERTAMA : Februari 2021
  2. FASA KEDUA : Mei 2021 
  3. FASA KETIGA : Mei 2021
Setakat ini 13,000 peranti sudah diedarkan ke Pejabat Pendidikan Daerah dibeberapa buah negeri dan lebih 1,000 pelajar sudah menerima bantuan tersebut. 





JENIS PERANTI & DATA YANG AKAN DIAGIHKAN

Beberapa buah sekolah akan menerima :-
  1. Komputer riba dengan spesifikasi Intel i3 & ke atas
  2. iPad yang menggunakan Apple Cip Bionik A12
Data yang akan dibekalkan beserta peranti
  1. Rangkaian 3G/4G dengan data sebanyak 15GB/Bulan untuk tempoh minimum 12 bulan
  2. SIM Kad akan didaftarkan atas nama ibu/bapa ataupun penjaga

SYARAT KELAYAKAN
  1. Pendapatan isi rumah rendah
  2. Tahap akademik murid 
  3. Tidak mempunyai akses untuk belajar online
  4. Pelajar terpilih akan ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

CARA MEMOHON BANTUAN KOMPUTER RIBA
  1. Bantuan komputer riba ini tidak memerlukan sebarang permohonan, komputer riba akan diagihkan dan ditentukan KPM.
  2. Pelajar yang dapat bantuan tersebut akan dimaklumkan terlebih dahulu seblum tarikh pengagihan dilakukan
Bantuan komputer riba ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah (B40) agar dapat meneruskan pembelajaran secara atas talian.


p/s : share kepada saudara-mara anda agar anak-anak mereka tidak terlepas dari bantuan tersebut.


Post a Comment

0 Comments