PEMERKASA & BPR : Cara Semakan Bantuan RM1,000 untuk B40 & Penerima BPR Mulai Jun 2021

PEMERKASA & BPR : Cara Semakan Bantuan RM1,000 untuk B40 & Penerima BPR Mulai Jun 2021




Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah bersetuju akan memberi bantuan tunai sekali bayar ataupun secara "one-off" sebanyak RM500 kepada golongan B40 yang kehilangan pendapatan.

selain itu, bayaran tambahan juga sebanyak RM500 akan diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.


MAKLUMAT BANTUAN UNTUK B40 & BPR

  1. Penerima bantuan adalah yang berumur antara 21 hingga 60 tahun
  2. Penerima tidak perlu membuat permohonan
  3. Pembayaran bantuan akan dibayar secara automatik ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan telah dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  4. Bagi Individu berstatus bankrap juga akan diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian (online) bagi memudahkan menerima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka

KELAYAKAN MENERIMA BANTUAN UNTUK B40 & BPR

  1. Golongan B40 yang kehilangan pendapatan layak menerima bantuan RM500 dibayar secara one-off
  2. Penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 ke bawah layak menerima RM500

TARIKH BAYARAN BANTUAN UNTUK B40 & BPR

Penerima bantuan RM500 B40 & BPR RM500 dijangkakan akan masuk pada bulan JUN 2021

CARA MOHON BANTUAN UNTUK B40 & BPR

Pemohon tidak perlu membuat permohonan, penerima yang layak dapat bantuan B40 sebanyak RM500 & BPR sebanyak RM500 akan dibuat pembayaran secara automatik ke akaun penerima yang layak.

Ini disebabkan, pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan telah dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk mengesahkan kelayakan anda.

sumber : BeritaHarian


Post a Comment

1 Comments

  1. Says Rakisgagor, Dari awal BPR, saya xdapat,semak..tiada dlm rekod,so mau ke LHDN pun susah..pkp dan lagi saya duduk pedalaman 100km baru sampai caw LHDN..masa skrng ni saya tiada pendapatan,kalau blh bagi penjelasan pihak atasan..harap maklum..terima kasih..Assalamualaikum..!!

    ReplyDelete