Lima kategori layak dapat dos pengalak bermula Isnin depan
Lima kategori Individu yang layak dos penggalak vaksin Covid-19 akan berada dalam senarai menunggu secara walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta seluruh negara bermula Isnin depan.
Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B) dalam satu kenyataan menyebut, mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini bersetuju untuk melaksanakan inisiatif itu bagi memudahkan dan menggalakkan individu yang layak untuk secara sukarela menerima dos penggalak lebih awal tanpa perlu menunggu lebih lama.
Katanya, mereka yang telah berjaya mendaftar akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu terlebih dahulu dan akan dihubungi pengamal perubatan swasta terbabit sekiranya ada pembatalan janji temu atau tidak hadir oleh mereka yang telah menerima janji temu vaksin dalam MySejahtera.
“Lima kategori itu adalah individu yang layak pemberian dos penggalak, individu yang ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum janji temu, individu yang masih belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin Covid-19, individu yang terlepas janji temu vaksin dan remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun yang belum melengkapkan vaksinasi
“Bagaimanapun buat masa ini, keutamaan pemberian dos penggalak adalah kepada petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan; individu berusia 40 tahun dan ke atas; individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan komorbiditi; penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang; ibu mengandung dan mereka yang keperluan ke luar negara,” katanya hari ini.
Kenyataan itu menyebut, pendekatan seumpama ini juga akan membantu kerajaan memastikan vaksin tidak dibazirkan dan dapat digunakan secara optimum.
Selain itu katanya, pendaftaran secara walk-in ke PPV fasiliti kesihatan swasta, pendaftaran juga boleh dilakukan melalui telefon dan e-mel.
“Orang ramai boleh merujuk dan menghubungi senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan ‘walk-in/telefon/email untuk daftar temujanji’ ini melalui www.protecthealth.com.my bermula 22 November 2021.
“Sehingga kini, lebih satu juta dos penggalak telah diberikan kepada mereka yang layak di seluruh negara dan kerajaan kini dalam usaha untuk meningkatkan usaha pemberian dos penggalak bagi memastikan tempoh perlindungan yang optimum dapat dicapai,” katanya.
Post a Comment
0 Comments