BKC Fasa 2 : Semakan, Tarikh & Jumlah Bayaran yang diterima, Semak Status Anda


 

Apakah Itu Bantuan Khas Covid-19 (BKC)? 

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021. 

Telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada bulan Jun yang lalu.

Kelayakan Penerima BKC

Terdapat tiga kategori penerima BKC iaitu;

  1. Miskin tegar
  2. B40
  3. M40

Untuk Miskin tegar dan B40, kriteria kelayakan adalah sama iaitu berdasarkan kriteria BPR 2021 dengan jumlah pendapatan;

Isi rumah / Warga emas  – RM5000 dan ke bawah.

Bujang – RM2,500 dan ke bawah

Manakala bagi kategori M40, kriteria semakan kelayakan untuk menerima BKC adalah melalui pelaporan cukai pendapatan dengan jumlah pendatapan

Isi rumah – RM5,0001 – RM9,000

Bujang – RM2,501 – RM5,000

Lihat selengkapnya dibawah

Tarikh Bayaran BKC Fasa 2
Pembayaran BKC fasa 2 akan dikreditkan pada bulan November. Namun kerajaan belum mengumumkan tarikh sebenar pembayaran ini.

Ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Perdana Menteri atau Kementerian Kewangan.

Berdasarkan pengalaman BCK fasa 1 yang lepas, ia disalurkan pada awal bulan iaitu 6 September 2021. 

Cara Semak Permohonan Online
Semakan status BKC ini boleh dibuat secara dalam talian/online di Portal Rasmi BKC di


Bantuan buat golongan B40 & M40

  1. Untuk pengetahuan anda, Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Khas Covid (BKC) .Bantuan ini dislaurkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berada di dalam kelompok miskin tegar, B40 dan M40.Dapat memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah begitu juga dengn warga emas dan bujang, dan melibatkan pembelanjaan sebanyak RM4.6 billion


Berapa bantuan yang diterima

Bagi kategori isi rumah yang  miskin tergar akan dapat bantuan sebanyak RM500 mulai bulan September 2021. Manakala pembayaran kedua adalah sebanyak RM500 yang akan mula dibayar pada bulan November. Seterusnya pembayaran ketiga pula akan mula dikredtikan kepada penerima mulai Disember sebanyak RM300


Manakala bagi kategori bujang miskin tegar akan dapat bantuan sebanyak RM200 mulai September ini, dan pembayaran seterusnya pula akan dikredtikan pada bulan November sebanyak RM300 akan diberikan.

Jadual & Tarikh Pembayaran

Tarikh pembayaran Fasa 2 adalah pada bulan November 2021, manakala BKC Fasa 3 adalah pada bulan Disember 2021.


Baca juga :
Program E-Start 2022: Bantuan Ewallet RM150 Secara One-off, Semak Kelayakan Anda


Post a Comment

0 Comments