Cara & Tarikh Permohonan Diskaun Bayaran Balik PTPTN Sebanyak 10%-15%


Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 November ini hingga 30 April 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ia membabitkan pemberian diskaun sebanyak 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

"Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

"Seperti semua maklum, PTPTN ditubuhkan bagi mengurus pinjaman pendidikan yang disediakan sebagai kemudahan kepada pelajar institusi pengajian tinggi tempatan.

"Sebagai pinjaman, semestinya ia satu amanah yang wajib dibayar semula oleh peminjam. Jika tidak, ia menafikan peluang anak-anak kita pada masa hadapan," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat

PTPTN sebelum ini meminta kerajaan untuk meneruskan moratorium bersasar kepada peminjam yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dalam Bajet 2022, selain diskaun bayaran balik PTPTN.

Dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.


Jenis-Jenis Diskaun PTPTN 2021 Yang Diumumkan Dalam Bajet 2022

  1. Pertama: Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh.

  2. Kedua: Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan

  3. Ketiga: Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini akan memberi manfaat kepada 1.67 juta peminjam PTPTN.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari https://www.ptptn.gov.my/


Post a Comment

0 Comments