Semakan Status & Pembayaran Geran Khas Prihatin GKP 4.0 Fasa 2 (November)

Lebih sejuta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro membabitkan penerima sedia ada dan baharu Geran Khas Prihatin (GKP) akan menerima bayaran RM500 untuk Fasa 2 GKP 4.0 November ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata PKS mula menerima bayaran RM500 Fasa 1 GKP 4.0 

Beliau berkata, bayaran itu membabitkan penerima GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu bantuan GKP.

Apa itu GKP 4.0?

GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.


Berkemungkinan GKP 4.0 adalah bantuan terakhir bagi siri pemberian GKP untuk PKS memandangkan tiada pengumuman khas yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dalam Bajet 2022 baru-baru ini.


Semakan Status GKP 4.0

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan GKP ini, hendaklah melalui portal rasmi yang dikeluarkan oleh LHDNM https://gkp.hasil.gov.my/

  1. Klik Log Masuk,
  2. Isi nombor MyKad
  3. Masukkan kata laluan.


Tarikh dan Jumlah Bayaran GKP 4.0 Fasa 2

Secara umumnya untuk fasa 2, bayaran akan disalurkan pada bulan November tetapi tarikh yang terkini belum diumumkan, kami akan update dari masa ke semasa, ikuti group kami untuk info terkini.

Jumlah Bantuan Yang Diterima

Untuk fasa 2, jumlah bantuan yang akan diterima adalah RM500 secara one-off.


Nilai keseluruhan bantuan GKP 4.0 adalah seperti berikut:


LAYAK GKP 4.0 : NILAI BANTUAN

Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 yang berstatus Lulus RM1,000 (2 Fasa)

Lulus permohonan baharu GKP 4.0 : RM1,000 (2 Fasa)

Cara Pembayaran GKP 4.0 

  1. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0. 
  2. Akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.

Maklumat lanjut 
Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari 
https://gkp.hasil.gov.my/


Post a Comment

0 Comments