BKM Fasa 1 : Tarikh Akhir Pembayaran Pada 8 April 2022


Untuk makluman umum, bayaran untuk fasa pertama BKM 2022 telah mula diagihkan terus ke akaun penerima secara kredit. 

Pembayaran untuk fasa pertama BKM telah bermula secara berperingkat dari 28 Mac 2022 hingga 8 April 2022. 

Jika anda telah melepasi BKM Peringkat 1 tetapi belum menerima bayaran anda, sila semak sebelum tarikh akhir pembayaran pada 8 April 2022. Ini kerana bayaran bagi BKM fasa pertama diagihkan secara berperingkat. 


kaedah pembayaran Kaedah pembayaran untuk BKM Fasa 1 2022 adalah seperti berikut: 

  1. Ada Akaun – Bayaran mulai 28 Mac 2022 secara berperingkat.

  2. Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac 2022.

  3. Tiada Akaun (Pedalaman Sabah / Sarawak) – Tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

    Rayuan BKM

    Individu yang tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 1 atau yang mempunyai status GAGAL boleh membuat rayuan kepada BKM. 
     permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian mulai 2 Mei 2022.



    Semak Status Anda 

    • Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.

    • Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.

    • Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.


    CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN BKM ADNDA APAKAH DALAM PROSES, GAGAL ATAUPUN LULUS

    1. Layari https://bkm.hasil.gov.my/
    2. Masukkan No IC anda dan tekan semak
    3. Pastikan Kata Kunci anda betul dan tekan ya
    4. Masukkan katalaluan dan tekan log masuk
    5. klik pada semakan status untuk lihat status anda sama ada proses/lulus/gagal ataupun dikreditkan
    Layari https://bkm.hasil.gov.my/ untuk membuet permohonan rayuan


    Post a Comment

    0 Comments